Friday 29 April 2011

SABAR...



Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. ~ Khalifah ‘Ali
Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah. ~ Ibnu Mas’ud

Friday 22 April 2011

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN...


Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

KUALA LUMPUR KE KOTA KINABALU


SUSAH JA BELAJAR JAUH-JAUH NI...TAK DAPAT BALIK KAMPUNG SELALU,BALIK PUN SETAHUN DUA KALI JA...TAPI BAGUS JA JARANG-JARANG BALIK, RASA SERONOK SANGAT APABILA DAH TIBA WAKTU UNTUK BALIK KAMPUNG DAPAT JUMPA KELUARGA,KAWAN-KAWAN DAN DAPAT RASA MASAKKAN IBU.SETIAP KALI SAYA BALIK KAMPUNG IBU LAH ORANG YANG PALING GEMBIRA MENYAMBUT KEDATANGAN SAYA.APABILA BERJAUHAN DENGAN KELUARGA SAYA SELALU BERFIKIR TENTANG KESIHATAN IBU SAYA...SEBAGAI ANAK LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ORANG TUANYA HARUSLAH SENTIASA MENGETAHUI KEADAAN IBU BAPA JIKA MASIH ADA...INGATLAH JASA MEREKA YANG TELAH MEMBESARKAN KITA DAN BERUSAHA UNTUK MEMBALASNYA DENGAN PENUH KASIH SAYANG.WALAUPUN DULU WAKTU KECIL KITA TELAH BANYAK MENYUSAHKAN IBU BAPA,MASA INILAH UNTUK KITA MENEBUS KESALAHAN DIRI.MENJAGA MEREKA MASA TUA,MENGGEMBIRAKAN HATI MEREKA DAN BERSAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN ILMU AGAMA.WALAU DI MANA PUN KITA BERADA,IBU BAPA JANGAN DILUPAKAN...SELALULAH BERTANYA KHABAR MEREKA MENGGUNAKAN TELEFON DAN MENGIRIM WANG SETIAP BULAN UNTUK PERBELANJAAN MEREKA DI KAMPUNG...JADILAH ANAK YANG BAIK DI DUNIA DAN AKIHRAT.
Posted by Picasa

SUNNAH

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. 
Keempat
: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.

Thursday 21 April 2011

BIODATA DIRI

Posted by Picasa

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

MEMANG SERONOK LUMBA HARAM INI BAGI GOLONGAN MUDA SEPERTI SAYA,INGINKAN KEBEBASAN HIDUP,NAK TUNJUKKAN KEMAHIRAN ATAU BAKAT DALAM PERLUMBAAN DI JALAN RAYA.KESERONOKAN INI SEMENTARA JA...JIKA DAH BERLAKU KEMALANGAN YANG MENGAKIBATKAN KECEDERAAN ANGGOTA BADAN BARULAH KITA AKAN MENYESAL DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN.ANGGOTA BADAN KITA CUMA ADA SATU,OLEH ITU KITA JAGALAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.
Posted by Picasa

5 GANJARAAN MEREKA YANG TAAT SOLAT...
i)DIMURAHKAN REZEKI
ii)TERLEPAS DARIPADA SEKSAAN KUBUR
iii)DI HARI PEMBALASAN,KIRAAN AMALAN DOSA DAN PAHALANYA DIBERATKAN SEBELAH KANAN
iV)DAPAT MELINTASI TITIAN SIRATUL DENGAN SEKELIP MATA
v)TERKECUALI DARIPADA KIRAAN AMALAN
Posted by Picasa

ADTEC SHAH ALAM SELANGOR


KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT KITA MEMBUAT RUMAH,RUMAH YANG KITA SEDARI MENCORAKANNYA,ATAPKANLAH IA DENGAN KETAKWAAN IMAN,DINDINGKANLAH DENGAN ILMU PENGETAHUAN...
Posted by Picasa

Tuesday 19 April 2011

MANUFACTURING
ADTEC SHAH ALAM
2010
WALAUPUN PASUKAN SAYA TIDAK MENJADI JOHAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK INI...SEMANGAT KESUKANAN TIDAK AKAN HILANG DAN PUDAR DALAM DIRI KAMI,KEKALAHAN ITU KAMI JADIKAN IA SEBAGAI PENGAJARAN DAN PERINGATAN UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN PASUKAN SAYA...PERANCANGAN STATEGI DAN STAMINA SANGAT PENTING DALAM SESUATU PASUKAN UNTUK MENJADI SATU PASUKAN YANG BAIK.KERJA SAMA ANTARA JURULATIH DAN PEMAIN PERLU SENTIASA ADA BARULAH PELUANG UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN ITU CERAH...
Posted by Picasa

Monday 18 April 2011

SEJARAH BOLA SEPAK SABAH









STADIUM LIKAS SABAH





Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia. Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa inilah beberapa pemain berkualiti dilahirkan. Pemain seperti Hassan Sani dan James Wong merupakan tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.[1] Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris Manchester United berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan Manchester United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.[2]

Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989. Sabah menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang ketua pasukan kebangsaan pada masa itu, membantu Sabah memenagi pertandingan profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah menewaskan Pahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan Matlan Marjan, bola sepak Sabah kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 1996.

Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka sekadar menduduki tangga ke 11 liga dan tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 2002 buat kali kedua.

Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala Malaysia.

Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.

Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat.

Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super.