Thursday 16 June 2011

KEWAJIPAN SEMBAHYANG JUMAAT


Sembahyang Jum‘at adalah salah satu diantara kewajipan yang termaklum berdasarkan al-Qur‘an dan Al-Sunnah, orang-orang yang mengingkarinya dihukumkan kufur.

Al-Qur‘an menjelaskan mengenai kewajipan sembahyang Jum‘at, Allah Subhanhu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jum‘at, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyangJum‘at) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.
(Surah Al-Jum‘at: 9)
Berdasarkan ayat ini dan ayat-ayat berikutnya, Allah Subahanhu wa Ta‘ala memerintahkan umat Islam bersegera ke tempat sembahyang Jum‘at (masjid) sebaik-baik sahaja mendengar seruan azan serta meninggalkan kerja masing-masing seperti berjual beli dan kerja-kerja lain, untuk pergi ke masjid mendengar khutbah dan mengerjakan sembahyang Jum‘at. Setelah selesai sembahyang, mereka digalakkan meneruskan usahanya mencari rezeki sambil banyak mengingati Allah dalam segala keadaan. Mereka yang mematuhi ajaran Allah yang demikian itu akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga mejelaskan mengenai kewajipan sembahyang Jum‘at tersebut berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

“Sembahyang Jum‘at adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam dengan (mengadakannya) secara berjemaah kecuali empat iaitu seorang hamba, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)
Oleh itu, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menetapkan hari Jum‘at sebagai hari besar mingguan bagi umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta memerintahkan mengadakan satu sembahyang yang khas menandakan kebesaran hari Jum‘at, bagi menggantikan sembahyang Zuhur.

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Di antara kebesaran dan kelebihan hari Jum‘at itu ialah penghulu segala hari. Pada hari Jum‘at telah dijadikan bapa segala manusia iaitu Adam ‘alaihissalam. Pada hari itu juga diberikan satu saat di mana segala doa dan permintaan akan dikabulkan kecuali perkara-perkara yang maksiat sebagaimana Rasulullah bersabda yang maksudnya :


“Sesungguhnya hari Jum‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sis Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Hari Jum‘at juga adalah hari pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada umat Islam baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kelebihan orang yang berwudhu di rumahnya kemudian pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jum‘at dalam sabda Baginda yang maksudnya :
“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.
(Hadis riwayat Muslim)
Apakah kelebihan dan keistimewaan Solat Jumaat?

Kelebihan dan keistimewaan Solat Jumaat adalah seperti berikut:
a. Ia merupakan lambang perpaduan dan kekuatan ummat Islam.
b. Perumpaan semasa menunaikan Solat Jumaat akan melahirkan perkenalan dan perasaan kasih sayang sesama orang Islam.
c. Ia menyediakan ruang untuk perbincangan dan bertukar-tukar fikiran ke arah kebaikan.
d. Ia menjadikan ummat Islam peka kepada perkembangan sekitar termasuk kebajikan saudara-saudara seagama.
e. Nasihat melalui Khutbah Jumaat merupakan peringatan supaya sentiasa berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah swt.

Monday 13 June 2011

TIGA TETAMU MESTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.
Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"
Salah seorang dari mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."

Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
          " Saya kekayaan," kata lelaki pertama.
          " Saya kejayaan," kata lelaki yang kedua.
          " Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir.

Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, 
" Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk."
"Jadi kami terpaksa memlilih antara kamu bertiga?"
"Ya," jawab mereka.
"Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah.

"Kita pilih kekayaan," cadang si isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini."
"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi."
"Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah.

"Tuan-tuan yang dihormati, kami membuat keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta."

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.

"Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."

Mendengar yang demikian, lelaki, isteri, dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!

PENGAJARAN :
Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali - kaya harta, kaya jiwa!

~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

DELL INSPIRON....


Thursday 9 June 2011

PRODUCT DESIGN

Inilah hasil produk design menggunakan solidworks...
inilah contoh soalan fainal exam amali product design sem 5...setiap part dilukis satu persatu,setelah semua part siap di lukis barulah proses pemasanagn(assembly)dilakukan..


 
1.screw     2.bushing             3.nut                                            



4.spindle                                        5.guide bracket



6.nylon bracket