Monday, 18 April 2011

SEJARAH BOLA SEPAK SABAH









STADIUM LIKAS SABAH





Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia. Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa inilah beberapa pemain berkualiti dilahirkan. Pemain seperti Hassan Sani dan James Wong merupakan tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.[1] Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris Manchester United berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan Manchester United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.[2]

Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989. Sabah menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang ketua pasukan kebangsaan pada masa itu, membantu Sabah memenagi pertandingan profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah menewaskan Pahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan Matlan Marjan, bola sepak Sabah kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 1996.

Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka sekadar menduduki tangga ke 11 liga dan tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 2002 buat kali kedua.

Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala Malaysia.

Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.

Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat.

Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super.

No comments:

Post a Comment